6 pilihan alternatif pengganti gula putih

Masih tercari-cari lagi pilihan alternatif pengganti gula putih? Dah setahun dapur mommy tiada gula putih.

6 pilihan alternatif pengganti gula putih

Ini adalah 6 pilihan alternatif pengganti gula putih yang mommy pilih.

1) Madu

Madu seperti yang kita tahu banyak khasiatnya dari sejak dahulu kala lagi. Ia juga merupakan alternatif pengganti gula putih terbaik.

2) Organic Raw Cane Sugar (ORCS)

Organic Raw Cane Sugar lebih popular dipanggil ORCS adalah gula tebu mentah organik yang dihasilkan daripada 100% jus tebu gula organik.

Gula tebu organik ini adalah pilihan yang lebih baik bagi kita untuk mengurangkan pengambilan gula putih dan pemanis yang berlebihan.

3) Molasses

Molasses juga antara salah satu pengganti gula putih yang ideal. Ia dihasilkan daripada gula tebu yang berwarna hitam perang.

Molasses sangat manis dan juga mengandungi kandungan mineral yang tinggi sepertu magnesium, potassium dan zat besi.

4) Gula Melaka

Gula ini jauh lebih sihat dari gula putih. Ia banyak digunakan dalam makanan tradisi Melayu.

Gula melaka banyak dihasilkan daripada nira kelapa.

5) Sirap Maple

Sirap Maple ni banyak digunakan di barat tetapi ada juga digunakan di Malaysia. Ia banyak digandingkan dengan makanan seperti pancake.

6) Stevia

Stevia adalah pemanis dan pengganti gula yang diekstrak dari daun spesies tumbuhan bernama Stevia rebaudiana.

Jangan ambil gula secara berlebihan

Walaubagaimanapun, ada alternatif sebagai pengganti kepada gula putih bukan bermaksud kita boleh mengambil gula secara berlebihan. Ambillah secara sederhana dalam kuantiti yang perlu sahaja.

Ingat ye, kurangkan manis dalam makanan tapi lebihkan manis dalam senyuman.

One thought on “6 pilihan alternatif pengganti gula putih

  1. Pingback: Lima sebab kenapa perlu elak gula jika mahu jadi wanita sihat? Point keempat mesti anda mahu | MOMMYCOMEL

Leave a comment