8 Cara Terbaik Ambil Vitamin Tambah Darah

Selalu sangat terjadi kan, malah jadi dilema lebih-lebih lagi pada ibu mengandung bila kadar haemoglobin (HB) dalam darah tak naik-naik. Dah jenuh ambil vitamin darah, macam-macam cara dah cuba tapi HB masih rendah.

hemoglobin-definition

Jadi, apa cara terbaik untuk ambil vitamin tambah darah semasa hamil? Sini saya kongsikan 8 cara terbaik untuk diamalkan.

🍃 Pastikan vitamin yang mengandungi iron diambil bersama vitamin C untuk menggalakkan penyerapan iron tersebut.

🍃 Pastikan vitamin iron dan vitamin C diambil 30 minit sebelum makan atau 2 jam selepas makan untuk kesan yang terbaik.

🍃 Pastikan vitamin B complex dan folic acid diambil bersama.

🍃 Pastikan vitamin tersebut tidak diambil bersama produk tenusu atau berkafein.

48300_max

🍃 Pastikan vitamin tersebut tidak diambil bersama kalsium. Jarakkan tempoh pengambilan.

🍃 Adalah terbaik untuk ambil vitamin tersebut bersama jus buah yang kaya dengan vitamin C seperti jus oren. Pengambilan bersama jus juga dapat mengurangkan rasa loya.

🍃 Ambil vitamin tersebut setiap hari dan konsisten pada waktu dan cycle yang sama.

🍃 Mahu kesan terbaik mestilah ambil vitamin Vitalea, Vita C SR dan B complex with folic acid daripada Shaklee 🙂

Cubalah tips dan cara yang dah saya kongsikan ini. Jangan tinggal vitamin tambah darah anda tau. Penting untuk pastikan HB dalam kadar yang terbaik, kerana HB ni yang akan mengangkut darah beroksigen ke seluruh badan.

Advertisements