Buka Buku Baru, Semangat Baru

Orang kata kalau mahu berjaya, berusaha bersungguh-sungguh, mencintai apa yang anda lakukan. Salam perkenalan untuk dunia wordpress dan bisnes. Ya, dan sekarang saya mulakan dengan lembaran yang baru. Ini adalah buku baru saya, kisah baru saya. Sesuai dengan usia saya, sesuai dengan apa yang diimpikan. Saya perkenalkan diri sebagai Cik Ti. Oh ya, saya Cik Ti manusia ye hihih bukan ‘cik ti’ itu. Untuk rujukan, ini la blog lama Cik Ti, The Life Journey.

Sayang sebenarnya nak meninggalkan blog lama. Yelah, blog yang menjadi jiwa Cik Ti pada zaman remaja, zaman belajar, zaman bujang. Banyak kenangan yang tercoret di situ. Blog lama tetap di hati, tapi kisah segalanya kini akan dikisahkan di blog baru ni.

Untuk anak kesayangan, hero Cik Ti, Firas dan bakal adik-adik Firas, inilah kisah mommy. Semua tips dan coretan, kisah jatuh bangun mommy dan daddy akan mommy ceritakan di sini. Semoga menjadi manfaat untuk anak-anak mommy dan warga pembaca blog Cik Ti.

Nantikan coretan blog kisah wanita kecil, berjiwa besar ini sentiasa ya!

Salam Perkenalan,

Cik Ti a.k.a Nor Izzati 🙂