9 Tips Susu Perahan Ibu (EBM) Penuh Freezer Dalam Masa 1 Minggu

Cuti pantang dah nak habis. Tak lama lagi nak masuk kerja dah, tapi runsing stok susu 1 pun tiada lagi dalam peti ais tu.

Ada yang bagi alasan macam-macam seperti :-

Anak asyik melekap je, macam mana nak pam susu buat stok?

Penat la nak buat stok, tertidur dengan baby. Nak bangun pagi tak larat, pam tengah malam ngantuk.

Baby dah nyusu lama dah, ada lagi ke susu kalau saya pam?

Malas la nak ambik pam susu tu. Banyak sangat spare part renyah

Macam mana saya nak pam dengan jaga anak lain lagi?

Ini antara masalah yang saya dapat bila ada ibu-ibu tanya saya macam mana nak tingkatkan production susu?

cymera_20161208_153705-01

Jadi, di sini saya nak kongsikan cara saya dan 9 tips macam mana saya kumpulkan stok susu dalam masa seminggu.

Stok yang dikumpul pula boleh bertahan untuk sebulan kalau kita tak pam. Heh tapi jangan sebulan stop pam pulak. Stop terus production susu nanti.

1) Target dan fokus

Letakkan target berapa oz/kuantiti yang kita mahu capai sekali pam dan berapa yang kita nak kumpul dalam sehari. Jadi, mesti kita akan fokus nak capai target tu.

2) Teknik memerah yang sesuai dan pantas

cymera_20161209_194022-01-01

Pilih cara memerah susu yang kita rasa senang, tak stress dan cepat. Boleh marmet, pilih single pam atau double pam. Contoh kalau hebat dan selesa bermarmet, silalah marmet. Sebab ada orang yang pandai dalam marmet ni, cepat je penuh botol susu tu.

Macam saya tak hebat dalam marmet, jadi saya pilih la double pumping dengan pam double eletrik.

3) Tandem pam

Bagi saya ni cara yang paling pantas dan cepat kumpul stok. Yang lagi best, produksi susu makin meningkat dengan cara ni.

Apa tu tandem? Tandem pam ni cara kita menyusukan 2 orang bayi/anak sekaligus atau pam sambil menyusukan anak. Maksudnya sebelah pam, sebelah lagi menyusukan anak. Hasil dia memang menakjubkan. Sila cuba.

4) Milk collector

cymera_20161209_193810-01-01

Gunakan milk collector. Sekarang ni dah banyak jenis milk collector dikeluarkan di pasaran.

Contoh macam saya beli milk collector dari pumpontego ni, ala-ala haakaa gitu. Jadi bila berlaku LDR atau rangsangan pengeluaran susu masa bayi tengah tidur atau dah kenyang tu, boleh cepat-cepat letak milk collector ni. Jadi dengan adanya milk collector ni kebocoran atau pembaziran susu tidak akan berlaku.

5) Azam yang kuat

Nak menyusukan anak dan mulakan pengumpulan syok ni memang perlukan usaha dan semangat yang kuat. Gigihkan diri bangun untuk memerah susu demi kelansungan susu ibu untuk anak tercinta.

Suami pun kena mainkan peranan untuk bagi semangat dekat isteri.

6) Pilih pam yang sesuai dan tidak renyah

Bagi mereka yang menggunakan pam susu macam saya, sila pilih pam susu yang sesuai dan buatkan kita rasa selesa nak mengepam.

Macam saya suka pam yang ringkas. Tak banyak sangat spare part. Senang nak handle. Contoh macam real bubee ni. Double pam, good suction, senyap, harga mampu milik, kecil dan ringan serta sangat mudah nak bawa sana sini.

7) Buat jadual pumping, pam dengan konsisten

Sila buat jadual kalau nak konsisten. Contoh jadual saya, pam setiap 3 jam. Walaupun selepas menyusukan anak, sila pam.

Lagi menggalakkan produksi susu. Sentiasa kosongkan payudara la dalam erti kata lainnya.

8) Power pumping

cymera_20161215_104947-01

Dalam seminggu pastikan kita buat power pumping dua kali seminggu. Waktu terbaik buat power pumping ni waktu awal pagi bawa ke subuh tu tau.

Power pumping ni, selalu buat dalam masa sejam. Cara saya 10 minit pam, 10 minit stop ulang sampai cukup 1 jam. Masa stop tu boleh la minum dan makan-makan.

9) Ambil supplemen

Macam saya ambil supplemen bukan sebab milkbooster semata-mata. Sebab saya tak percaya telan supplemen terus susu banyak. Tidak.

Tapi sebagai pelengkap nutrisi saya. Supaya susu yang dihasilkan berkualiti. Lagi satu supaya saya sentiasa bertenaga, tak letih dan lesu.

Ok. Itulah 9 tips yang saya amalkan. Boleh lah cuba dan buat. Nak supplemen penyusuan boleh contact saya terus, percuma konsultasi daripada saya.

Tips Buang Kahak dan Hingus Bayi

Kesian sangat bila tengok bayi kena batuk berkahak, hidung tersumbat, sampai nak tarik nafas pun susah.

Di sini saya nak kongsikan tips untuk buang kahak dan lendir hingus bayi guna minyak bawang putih.

Entry ni dari blog lama saya dulu, so keluarkan balik la untuk blog ni sebab blog lama tu dah diprivatekan.

Pernah dengar tak pasal minyak bawang putih atau garlic oil ni?

Pernah buat?

Jom saya kongsi cara-caranya.

1) Ambil bawang putih, bakar dengan kulit-kulitnya.

cymera_20140930_000856-01

2) Dah bakar, buang kulit n penyek-penyek kan bawang tu. Lepas tu letak minyak zaitun atau minyak kelapa dara atau minyak rambut atau minyak masak. Pilihlah minyak yang disukai.

3) Tadaaaa..dah siap, jadilah minyak bawang putih. Boleh lah simpan dalam bekas atau botol untuk kegunaan harian

cymera_20140930_001010-01

Apa kelebihan minyak ni sebenarnya?

Ok, seperti yang diketahui. Bawang putih adalah antibiotik, antivirus, antifungal semulajadi.
Minyak ni boleh la disapu di dada, belakang bayi, tapak kaki serta ubun-ubun dan cuping telinga bayi bagi merawat selsema atau batuk.

Ia juga boleh kurangkan sakit perut. Sapu je minyak dekat kawasan yang sakit. Boleh juga dijadikan minyak urut. Berangin je rasa, bau pun sedap. Kalau pening kepala, in shaa Allah hilang lepas hidu bau minyak bawang putih.

Selain tu, boleh juga buat rawatan steam percussion. Cara dia titiskan sedikit minyak ke dalam baldi air panas. Lepas tu wapkan ke muka. Tersangat elok untuk selsema, batuk, resdung atau gatal-gatal muka dan sakit mata.

Senang je kan buat. Lepas ni boleh la try.

Tapi AWAS ye ada juga kulit bayi yang tak tahan. Mungkin bawang putih tu terlalu panas untuk kulit dia. Kalau tengok bayi tak sesuai, hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat doktor ya.

**************

SHAKLEE pun ada product garlic tau. Sangat bagus, boleh mengurangkan jerawat, turut bertindak sebagai penggalak susu dan juga menstabilkan tekanan darah tinggi dan macam-macam lagi khasiatnya. Jom try

Whatsapp mommy Zati 0134616303