Siapa Saya?

Assalamualaikum wbt dan salam perkenalan

Saya Nor Izzati dan anda boleh memanggil saya Zati. Saya merupakan Pengedar Shaklee Sungkai yang berdaftar. Saya aktif di sekitar Sungkai, Trolak, Bidor, Besout dan Slim River.

Jika anda jauh dari kawasan saya dan mahu mendapatkan produk Shaklee, saya bersedia untuk poskan kepada anda walau di mana jua anda berada.

Latar Belakang

Saya berkelulusan Diploma Farmasi dari Asia Metropolitan University (AMU). Kini, telah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Farmasi hampir 4 tahun. Saya berimpian tinggi untuk menyambung pelajaran dan mahu lebih mendalami bidang farmasi.

CYMERA_20151018_134620[1]

Bagaimana Saya Bermula?

Titik tolak saya bermula selepas bersalin, di mana saya bersalin secara emergency Caesarian.  Bermula dengan mengambil set bersalin pembedahan asas dan kemudian set penyusuan asas – demi kelansungan penyusuan susu ibu. Maka, dari situlah segalanya bermula dan saya jatuh cinta.

Setelah setahun menjadi pengguna setia dan mendapat kesannya, saya nekad untuk berkongsi kebaikan Shaklee kepada orang ramai untuk sihat bersama-sama. Cara pemakanan dan konsultasi yang betul adalah penting untuk mendapat kesan yang optimum.

Fokus Produk?

Fokus saya adalah lebih tertumpu pada produk penyusuan, bersalin secara pembedahan dan ekzema kerana saya sendiri mengamalkannya dan telah mendapat kesannya, Alhamdulillah.

Bagi anda yang mahu mendapatkan konsultasi produk dan tips penyusuan, berpantang dan ekzema bolehlah menghubungi saya. Saya sedia membantu.

1447931902942[1]

Bagaimana Mahu Mendapatkan Produk?

Hubungi saya :

Pengedar Shaklee Sungkai

Facebook : Nor Izzati

Facebook Page : Cik Ti Jual Vitamin

Ig : Cik Ti Jual Vitamin

Whatsapp/Telegram : 0134616303

CYMERA_20150701_214306[1]

Semoga manfaatnya kita kongsikan bersama

Salam cinta,

Cik Ti

Advertisements

Bagaimana saya jatuh cinta dengan Shaklee?

Jatuh cinta dengan Shaklee? Pernah dengar cerita pandang pertama? Oh tapi itu tidak berlaku pada saya hehe.

Ya, saya akui saya ambil masa nak jatuh cinta dengan produk Shaklee ni. Bukan berhari, bukan berbulan tetapi bertahun.

Orang kata tak kenal maka tak cinta, betul tak? Saya mula kenal dengan Shaklee pada tahun 2010 iaitu melalui set penyusuan. Masa ni saya belum berkahwin lagi pun. Saya tahu bila kakak kedua saya bersalin dan dia mencuba set penyusuan lengkap Shaklee. Dia ambil set trial – time tu kan masih famous orang jual set trial sikit-sikit tu.

Saya pula tengok dipaket-paket kan sikit-sikit dalam plastik kecil-kecil. Jadi, agak ragu-ragu di situ. Dari feedback pula, kakak kata memang banyak susu dia dan diri dia lebih bertenaga. Tambahan pula, dia feed on demand, pam pula lagi.

Emm, dan kisah Shaklee dengan saya hanya berakhir di situ kerana saya menyangkakan ia hanya produk untuk ibu menyusu sahaja dan risau ia tidak diluluskan. Sehinggalah pada tahun 2013, waktu tu saya baru berkahwin dan  saya melihat suami selalu makan 1 produk ni. Bila saya lihat botolnya, ia adalah Vita C Shaklee. Saya pun rasa dalam 2-3 biji. Memang ternyata beza dia dari vitamin C produk lain. Kesan dia sangat cepat.

Kebetulan pada waktu itu saya bertugas di BPFK, dan saya pun mula merisik dan mencari maklumat tentang syarikat dan produk ini. Tak sangka dah lama rupanya Shaklee bertapak di Malaysia dan yang pasti ia memang diluluskan dan berdaftar. Tapi masa tu belum lah benar-benar jatuh cinta.

Masa mengandung terdetik rasa hati nak jadi ahli dan ambil set kehamilan Shaklee ni. Tapi ada pula yang berkata

‘Tak payah la ambil Shaklee nak buat apa? Makan soya tu nanti tak elok kulit baby’

‘Tak payah la join ahli, ni company MLM juga ni. Join nanti bukan dapat apa, orang atas je untung’

‘Beli je supplement biasa dekat farmasi tu sama je’

Anda pernah juga melalui situasi macam ni? Hmm masa tu terus terbantut nak ambil. Sehinggalah saya bersalin dan saya pula terpaksa bersalin secara ‘c-sect’ kerana ‘fetal distress’. Saya ambil Zinc dan Vita C untuk penyembuhan luka dan memperbaiki struktur kulit.

Ketika bayi saya berusia 5 bulan pula, secara tiba-tiba susu saya merudum, stress dan penat menguasai diri. Saya bekerja ulang alik hampir lebih kurang 30km-30km pergi balik. Yela, bangun seawal 5.00a.m untuk mengepam sesi pertama, tidur pada jam 1.30a.m selepas mengepam sesi akhir. Masa tu pula saya mengejar untuk mengumpul stok selepas semua stok susu saya rosak kerana suami tertutup suis peti ais waktu tu.

1449914146400[1]

Masa tu dah tak berfikir panjang, terus sahaja saya jadi ahli dan beli set penyusuan asas bermula dengan ESP, Alfalfa. Masa tu ada juga yang menghasut saya supaya jangan beli kerana dia kata minum ESP menyebabkan dia bengkak susu dan ada pula yang tunjuk kisah orang jadi kanser lepas ambil ESP.

Hahah saya hanya senyum dan tekad ambil set penyusuan itu. Alhamdulillah, penat dan stress makin berkurang. Susu juga makin bertambah meriah. Sehingga kini anak saya telah berusia 1 tahun 11 bulan dan masih menyusu.

Saya juga sebenarnya menghidap eczema dan anak saya juga menghidap eczema. Selepas bersalin eczema saya makin bertambah teruk. Teruk gatal-gatal dan mengelupas kulit seluruh badan. Ya, serius 😦

Selepas merujuk doktor memang dikatakan antara sebab eczema saya makin teruk adalah kerana perubahan hormon dan faktor persekitaran seperti habuk atau tempat kerja. Beliau memang menasihatkan saya untuk mengamalkan supplement seperti vitamin C bagi meningkatkan imun.

Konsisten dari bersalin hingga kini saya amalkan Zinc Complex, set penyusuan asas (ESP dan Alfalfa), ditambah dengan Omega dan Gla Complex, Alhamdulillah dengan izin Allah eczema saya makin pulih. Anak saya juga saya berikan set kanak-kanak setelah dia berusia 1 tahun 6 bulan (vitalea kids, chewable vita C dan omega) serta krim herbal blend untuk mengelakkan eczemanya menjadi semakin teruk.

Alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur kepada Allah, bagaimana saya tidak jatuh cinta selepas kesannya memang saya dapat dan merasainya. Walaupun bukan serta-merta, hampir 2 tahun. Tapi kesannya memang saya rasai.

Tak kenal maka tak cinta kan?

Perkongsian ikhlas daripada saya,

Cik Ti