Bagaimana Cara Nak Pekatkan Susu Ibu

Ramai ibu-ibu yang lebih pentingkan kuantiti susu ibu berbanding daripada kualiti. Bila ada sesetengah ibu yang menghasilkan susu yang sedikit, mereka mula putus asa.

Jom kita luaskan lagi ilmu penyusuan kita. Susu ibu ni bukan berdasarkan kuantiti semata-mata.

 

Ada sesetengah susu ibu itu mungkin sedikit tapi pekat, setiap kali penyusuan mampu membuatkan bayi kekenyangan.

Bagaimana nak pekatkan susu ibu ni?
Ni antara cara dan pemakanan saya yang ibu-ibu boleh amalkan untuk memekatkan susu ibu.

1) Nasi

1030021shutterstock-254781634780x390

 

Nasi ni sumber karbohidrat dan memberi bekalan tenaga. Lepas makan nasi rasa lebih kenyang dan secara tak langsung nak pam tu happy je.

2) Kurma

kurma

Memang saya sangat perasan, kalau saya makan kurma susu ibu akan jadi lebih pekat daripada biasa. Teksture pun likat dan kekuningan. Selalunya saya blend campur dengan ESP.

3) Oat

images (1).jpg

 

Oat pun tinggi serat dan cepat memberi rasa kenyang. Dan memang kalau saya makan oat, susu lebih meriah dan pekat.

4) Susu segar/susu tepung

fresh-milk

Minum susu segar atau susu tepung ibu menyusu pun menyumbang untuk memekatkan susu. Kaya dengan kalsium kan.

5) Keju

Cheese

Cheese

Makan keju pun dapat buatkan susu ibu lebih pekat daripada biasa. Kalau siapa yang selalu rasa susu sendiri, dapat rasa lepas pengambilan keju, susu rasa lebih berlemak.

6) Badam

almonds-raw_625x350_51421213477

Jadikan badam sebagai snack. Badam tinggi protein. Boleh juga rendam dan kisar dengan susu segar.

7) Sayur-sayuran

broccoli

Sayuran kan kaya dengan nutrisi. Antara sayur yang saya perasan sangat menolong memekatkan susu ibu ialah brokoli. Mungkin sebab ia kaya zat besi.

8) Kerap mengepam/penyusuan

gettyimages-466457187-57147c1d5f9b588cc2a4496a

Perkara asas dalam penyusuan adalah kerap menyusukan bayi atau mengepam. Yang terbaik adalah menyusukan bayi pada sebelah payudara bagi tempoh yang lama baru gantikan ke payudara sebelah. Lepas bayi kenyang, pam untuk sentiasa kosongkan payudara. Jadi, hindmilk akan lebih dihasilkan.

Perkongsian ni berdasarkan pengalaman saya. Boleh untuk dicuba ye. 🙂

4 Panduan Posisi Penyusuan Susu Ibu

Tahu tak, antara faktor dalam menjayakan penyusuan susu ibu ialah posisi penyusuan susu ibu dan bayi.

Posisi ibu dan bayi sepanjang penyusuan susu ibu ni penting tau. Ia adalah untuk memastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan selesa sepanjang penyusuan.

Bagi posisi penyusuan ibu yang betul, ibu mestilah :-

– selesa
– bahagian belakang ibu, kaki dan payudara disokong
– ibu memegang dan ampu payudara dengan pegangan ‘C’

Sini saya tunjukkan 4 cara posisi penyusuan susu ibu ni untuk memudahkan ibu-ibu.

Mungkin ramai yang tak tahu, sebab dulu pun saya tak tahu rupanya ada banyak posisi penyusuan yang saya boleh guna.

1) Mendukung (cradle hold)

cradle_2000x1100_4x3

Sumber : babycentre.com

Cara ni memang yang paling ramai orang guna.

Caranya dengan meletakkan bayi sepanjang perut ibu. Kepala bayi berada di siku ibu dan mulut bayi menghadap puting.

2) Mendukung silang (cross cradle hold)

cross_cradle_2000x1100_4x3

Sumber : babycentre.com

Caranya adalah dengan meletakkan kepala bayi berada pada tapak tangan. Badan bayi drpanjang lengan yang bertentang drngan payudara. Bayi pula berada separas dengan payudara dan badan bayi menghadap ibu.

Posisi ni sangat berguna untuk bayi yang ada masalah pelekapan/latch on, bayi kecil atau pramatang dan bayi yang tak sihat.

3) Mendakap (football hold)

cluthc_football_2000x1100_4x3

Sumber : babycentre.com

Caranya adalah dengan meletakkan bayi ke sisi pinggang ibu dan kepala bayi pula diampu oleh tapak tangan atau bantal. Letakkan bantal di bawah badan bayi.

Posisi ni sesuai untuk ibu yang ada payudara besar, bayi pramatang, bayi kembar dan juga ibu yang bersalin secara caeser.

twins_2000x1100_4x3

Sumber : babycentre.com

4) Berbaring (lying down)

side_lying_2000x1100_4x3

Sumber : babycentre.com

Ini salah satu cara yang paling famous sebab sambil menyusukan bayi, ibu pun dapat tidur dan berehat sekali. Tapi kena berhati-hati untuk pastikan bayi tidak lemas.

Caranya ibu dan bayi baring mengiring. Belakang badan diampu dengan bantal atau lengan.

Cara ni juga antara pilihan paling banyak untuk ibu yang bersalin secara caeserean.

Bagi posisi bayi pula, bayi mestilah :-

– badan bayi selari
– badan bayi rapat dengan badan ibu (bayi dibawa ke payudara ibu)
– bayi diampu sepenuhnya
– bayi menghadap payudara ibu (hidung bertentangan drngan payudara ibu)

Sekali sekala boleh la ubah posisi penyusuan susu ibu tu untuk keselesaan ibu dan bayi. Semoga penyusuan susu ibu lebih bertambah lancar.

Cara Mommy Zati Bekalkan Susu Ibu Kepada Pengasuh

Sebelum masuk bekerja haritu, saya ada terbaca dalam 1 group penyusuan ni tentang luahan seorang pengasuh.

Beliau mengadu ibu anak asuhannya bekalkan susu beku dan pengasuh pula terpaksa ambil masa untuk cairkan susu tersebut sehingga anak yg diasuh tu menangis-nangis lapar.

Ni cara saya bekalkan susu anak kepada pengasuh.

1) Ambil susu beku yang mahu dicairkan.

cymera_20170117_231400-01

2) Cairkan melalui air yang mengalir atau rendamkan saja malam sebelum dihantar ke pengasuh. Ingat ye, susu beku yang dah dicairkan perlu digunakan dalam masa 24 jam.

cymera_20170117_231453-01

3) Letakkan susu dan bekas rendaman ke dalam chiller. Biarkan ia cair.

cymera_20170117_231554-01

cymera_20170117_231639-01

4) Esok pagi atau bila susu dah cair, masukkan jumlah susu untuk 1 sesi penyusuan bagi setiap botol. Pastikan sediakan botol yang dah siap berputing dan berpenutup. Macam anak saya, setiap sesi penyusuan 3.5 oz.

cymera_20170117_231721-01

5) Labelkan setiap botol untuk susu yang mahu diberi dahulu.

cymera_20170118_065532-01

Contoh saya menyusun susu :-

1. Susu ibu Fresh (susu yang dipam pagi tu -tahan diluar selama 4 jam pada suhu bilik selepas diperah)
2. Susu yang diletakkan di chiller
3. Susu beku yang dicairkan
4. Susu beku yang dicairkan
5. Susu yang diletakkan di chiller
6. Susu yang diletakkan di chiller
7. Susu yang diletakkan di chiller (stand by kalau saya balik lambat)

Susu chiller yang standby tu kalau baby tak minum, hari seterusnya boleh digunakan balik.

Susu yang diletakkan di chiller ni boleh bertahan sehingga 5 hari dan jika masih lagi tak digunakan, boleh letakkan ke tempat beku.

Bagi saya lah, biarlah kita memudahkan kerja pengasuh. Sebenarnya membekalkan dan memberi susu ibu ni mudah.

Jadi, jangan kita sendiri yang membuatkan penyusuan susu ibu tu rumit dan membuatkan pengasuh berasa leceh untuk memberikan susu ibu kepada anak kita.

Percayalah jika kita memudahkan kerja orang lain, mereka akan memudahkan kita juga 🙂

Bagaimana Vivix Membantu Merawat Eczema

Sebelum ni saya pernah share bagaimana saya mencuba Vivix untuk mengawal eczema mama yang kronik. Tak baca lagi? Boleh baca dekat sini.

Alhamdulillah, kesannya sangat ketara dan berbeza. Eczema mama 1 badan elok, cuma tinggal lagi sikit-sikit dekat tangan yang masih belum pulih betul-betul.

Jadi, macammana sebenarnya vivix ni boleh tolong pesakit eczema ni kawal eczema mereka? (Termasuklah saya, sebab saya pun ada eczema dan dah mencuba Vivix)

Dalam Vivix ada 4 bahan utama yang sangat unik.

1. Polygonium Cuspidatum (Japanese Knotweed)

img_20170118_214958

2. Elderberry Eropah

img_20170118_215000

3. Lobak Ungu

img_20170118_215003

4. Anggur Muscadine

img_20170118_215005

Kalau perasan, 3 daripada bahan ni semuanya berwarna ungu. Warna ungu ni bagus, sebab buah atau sayuran yang berwarna ungu ni kaya dengan athocyanins dan kaya dengan antioksidan untuk melawan radikal bebas.

Radikal bebas ni la yang merosakkan sel dan membawa kepada eczema. Eczema sangat memerlukan antioksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas ni.

Selain tu, kajian daripada ‘Journal of Agriculture & Food Chemistry’ menunjukkan anggur muscadine yang terdapat dalam Vivix tu terdapat sumber ellagic acid.

img_20170118_215008

Ellagic acid ni penting utk mengembalikan sel supaya dapat berfungsi dgn normal. Ia juga mengandungi lebih tinggi vitamin C dan juga antioksidan.

Vivix juga mengandungi oligenic procyaridins (OPCs) yang kaya dengan bioflavinoids. Fungsi bioflavinoids ni adalah untuk membantu mencantikkan kulit kita, kurangkan keradangan dan juga menyokong imun badan.

Vivix juga turut bertindak sebagai antipenuaan. Ia mengaktifkan sel supaya nampak cantik dan muda.

Berkobar tak baca kebaikan Vivix ni untuk eczema? Jom la bervivix. Mesti tak kecewa.

Testimoni Berpantang Dengan Vivix

Semalam saya dah share pengalaman saya ambil vivix masa berpantang baru ni. Tak yakin lagi nak cuba Vivix sebagai tonik berpantang?

Ni saya share testimoni-testimoni ibu-ibu bersalin yang dah amalkan Vivix dalam pantang.

picsart_11-03-05-48-45

picsart_10-22-10-09-04

fb_img_1464272576631

fb_img_1464272572181

fb_img_1478335524892

picsart_07-28-06-32-29

Secara kesimpulannya, mereka semua mengakui yang luka bersalin cepat kering tak kira la bersalin caeser atau normal.

Badan cergas dan bertenaga, kuning baby takde. Alhamdulillah, susu pun banyak.

Yela kan, vivix ni dia bertindak dari sel. Jadi dia repair segala sel-sel dalam badan balik.

Best kan? 😉

10 Kelebihan Berpantang Dengan Vivix

Saya baru bersalin 10/10/2016 haritu. Berpantang anak kedua kali ni saya tekad berpantang dengan Vivix.

852121368_42513-01

 

Berpantang dengan Vivix memang terasa perbezaannya. Sini saya senaraikan 10 kelebihan berpantang dengan Vivix.

1. Luka cepat kering

Saya bersalin secara caeser (pembedahan). Cukuplah fobia luka hampir dibuka semula waktu anak pertama dulu.

Dengan Vivix hari ketiga doktor dan jururawat kata luka kering dah, cantik. Rasa sakit dan pedih pun kurang. Boleh berjalan tegak.

2. Badan bertenaga, tak pucat , tak stress

cymera_20161106_114554

Hari ke 15 berpantang

Berpantang dengan Vivix kali ni, Alhamdulillah takde sakit-sakit badan, lenguh-lenguh.

Walaupun kerap berjaga malam, kurang tidur, jaga anak yang sulung lagi, badan tetap bertenaga. Muka pun tak nampak kusam. Nampak la ada sinar ceria 😀

3. Banyakkan susu ibu

Ye susu ibu memang meriah. Mungkin kita tak rasa penat dan stress sangat kan. Badan rasa relax, jadi aura-aura positif tu datang bagi signal ke otak untuk perbanyakkan susu ibu.

Selain tu, Vivix bekalkan banyak nutrisi dan fibre. Tu juga mungkin penyumbang kepada produksi susu ibu.

4. Kuning anak kurang/tiada

Anak saya takde kuning. Bayi kerap menyusu badan dan juga kerap buang air besar.

Jadi, secara tak langsung cepatlah turun kuning dia.

5. Buang angin

Ingat lagi, lepas bersalin haritu badan saya banyak sangat angin. Jadi bloating, nak kentut tak boleh. Sendawa la tak berhenti, letih.

Lepas ambil Vivix, hari kelima dah boleh kentut dengan lega huhuh.

6. Detox

Vivix juga bagi agen detox terbaik. Yela, tersangat membantu buang toksin-toksin yang dah lama duduk dalam badan ni.

7. Elak alahan, antiradang

Saya ni memang ada ekzema. Dah tu waktu bersalin haritu pulak kena attack asma.

Memang elok dengan Vivix. Lagipun 4 bahan utama dalam Vivix memang kaua dengan antioksidan dan juga bantu tingkatkan imun.

8. Elak sembelit

Sepanjang berpantang kali ni, sembelit takde. Lancar je membuang.

Vivix ni kaya dengan fiber.

9. Tak perlu set pantang yang banyak

Vivix saja dah cover semua. Minum atau bancuh 5ml je sekali ambil dah cukup. Senang dan cepat.

10. Rasa sedap

cymera_20161107_193528

Menu pantang setiap hari

Dalam pantang kan selalu boleh minum air masak je, milo ke, kopi ke atau jus oren. Tengok suami lunch air sedap-sedap, bancuh la Vivix ni.

Tak payah letak gula pun takpe. Rasa dah masam-masam manis 🙂

Bagi saya kan biarlah melabur sikit untuk berpantang ni. Ye lah, lepas bersalin memang totally diri berubah, tak macam dulu.

Biarlah jaga dari sekarang. Badan kita perlu rehat, perlu repair. Badan kita, diri kita kan. Mestilah nak sihat 😉

Kisah Mama, Atasi Ekzema Dengan Vivix

Ini kisah mak saya.

img-20160707-wa0010-01

Mama ada ekzema kronik. Ingat lagi, kos perubatan mama sekali pergi jumpa pakar kosnya cecah RM500++.

Kos cucuk ubat tahan gatal, steroid, consultation doktor, krim pelembab, krim steroid pelbagai jenis.

Ya, ia memang membantu. Tapi membantu mengurangkan dan mengawal gatal-gatal tu sementara sahaja.

Bertahun pergi sana sini berubat. Private, kerajaan, berubat kampung semua dah cuba.

Bukan 3-4 tahun tau mama kena ekzema kronik ni. Dah berbelas tahun, rasanya hampir 15 tahun. Siapa yang kenal mama, dan pernah tengok tahulah macam mana.

Lepas dah kenal Shak.lee, tengok pula testimoni macam-macam kesan vivix memang buat saya terus nak try bagi mama. Bagi saya, takpelah at least we try.

Walaupun masa tu mama kata tak payah, sebab harganya mahal. Tahun lepas saya tekad juga belikan, bagi mama cuba. Beli terus 2 botol.

picsart_11-24-06-54-41

Alhamdulillah, baru sebotol cuba dah dapat kesan yang memang tak dijangka. Ekzema mama hampir pulih. Mama kena ekzema seluruh badan. Tapi yang paling teruk dan tebal di tangan.

Lepas dah teruskan lagi sehingga 3 botol vivix, kulit mama macam baru. Cuma ada sikit-sikit lagi dekat tangan yang masih menebal tu belum pulih.

Yang bestnya bukan setakat ekzema mama berkurang, tapi mama nampak jauh lebih muda. Sakit-sakit badan, sakit lutut, betis yang selalu mama mengadu tu pun dah takde.

Haa yang lagi best, perut mama pun dah makin slim. Yela, dah beranak 6 kan. Badan pun makin slim. Sihat dan kuat macam orang muda.

Ramai tak percaya bila saya kata umur mama hampir 60 tahun. Mereka kata mama baru 30 an.

picsart_05-22-09-20-10-01

Alhamdulillah syukur, nasib baik saya tekad untuk mencuba. Sekarang mama masih amalkan vivix. Untuk betul-betul pastikan imun mama kembali kuat dan ekzema pun dah tak nak hinggap dah.

Bagi saya, mestilah saya seronok sebab mama dah makin sihat. Please ekzema, tolong pergi jauh-jauh dari mama. 15 tahun awak hinggap dekat mama.

picsart_08-27-08-46-31

Thank you Allah, thank you Vivix

8 Pilihan Makanan Terbaik Sebagai Sarapan

Sarapan merupakan rutin yang sangat penting untuk kita ambil setiap hari. Ia sebagai permulaan hari kita untuk lebih bergerak aktif dan cergas.

Amat penting untuk kita memilih sumber makanan yang terbaik sebagai sarapan.

Di bawah ni ada 8 senarai makanan terbaik untuk memulakan hari indah kita.

059221700_1440066824-20082015-ok-pisang

1. Buah-buahan

Sarapan boleh dimulakan dengan pengambilan buah-buahan. Ia sangat baik diambil sebagai sarapan kerana sifatnya yang kaya dengan pelbagai vitamin, fiber, potassium dan juga mengandungi kandungan air yang tinggi.

Contoh buah-buahan seperti buah oren, membekalkan kandungan vitamin C yang kita perlukan setiap hari sebagai penggalak sistem imun.

berries-for-heart-400x400

2. Berries

Buah-buah dalam kategori berries ni sepergi raspberries, strawberries dan blueberries ini kaya dengan antioksidan.

Ia juga rendah kalori dan dapat mengurangkan kadar kolestrol serta turut mengandungi anthocyanins yang bagus untuk meningkatkan fungsi jantung dan meremajakan sel badan.

download-2

3. Telur

Telur kaya dengan protein. Ia juga turut menolong dalam merendahkan kadar gula dalam darah dan juga dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

Telur kuning pula kaya dengan antioksidan, lutein dan zeaxanthin bagi membantu dalam masalah mata seperti katarak. Ia juga mempunyai kandungan kolina yang membantu meningkatkan fungsi hati dan menjaga kesihatan otak.

images-1

4. Yogurt

Yogurt kaya dengan kalsium dan mempunyai probiotic yang tinggi untuk menjaga kesihatan perut dan usus kita.

Ia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membantu menyejukkan badan.

183374-fakta-keju

5. Keju

Keju kaya dengan protein. Ia juga membantu meningkatkan metabolisma dan mengurangkan rasa lapar.

o-nuts-facebook

6. Kekacang

Kekacang dapat mengawal kadar gula dalam darah. Ia kaya dengan magnesium dan potassium.

Kekacang juga sangat baik untuk jantung.

30-day-oatmeal-challenge-cover-742

7. Oatmeal

Oatmeal kaya dengan fiber. Kandungan fiber dalam oatmeal ni dipanggil beta-glucan yang mana ia dapat membantu menurunkan kadar kolestrol.

Oatmeal juga dapat membantu kita berasa cepat kenyang serta dapat mengurangkan kadar tekanan darah.

cymera_20160202_072850

8. Protein shake

Protein shake membantu mengurangkan rasa lapar dan dapat mengawal kadar gula dalam darah. Ia juga dapat meningkatkan kadar merabolisme.

Protein shake yang terbaik semestinya daripada protein tumbuhan seperti protein soya organik non-GMO.

Jom, kreatifkan sarapan pagi kita satu family tambah-tambah dah mula sekolah ni kan.

Boleh la cuba telur dadar yang dicampur yogurt dan keju atau protein shake yang dikisar dengan badam dan pisang. Sedap tau.

Mulakan hari dengan sarapan yang sihat dan unik.