10 Sebab Kenapa Kita Memerlukan Supplemen

Ramai orang yang mempersoalkan  tentang kepentingan mengambil supplemen atau makanan tambahan. Berikut adalah 10 sebab untuk kita mempertimbangkan penambahan pengambilan nutrient yang berkualiti tinggi kepada tubuh.

maxresdefault

Tubuh memerlukan nutrien yang cukup dan lebih tinggi

Kehidupan dan keadaan kesihatan seseorang pada waktu-waktu tertentu boleh menyebabkan keperluan yang lebih tinggi terhadap nutrient tertentu. Contohnya, keperluan asid folik, zat besi, dan vitamin C adalah cenderung untuk menjadi lebih tinggi semasa mengandung, manakala wanita menopous pula mungkin terdedah kepada kekurangan kalsium.

Teknik pertanian komersial

Teknik pertanian komersial masa kini yang kadang-kadang menggunakan tanah yang kurang dengan mineral penting serta tidak mengambil berat tentang penjagaan tanah bagi proses pertanian juga menyebabkan makanan yang ditanam menggunakan tanah ini akan berkongsi  kekurangan mineral yang sama.

Makanan yang diubah secara genetik

Banyak buah-buahan dan sayuran diubah secara genetik bagi meningkatkan kuantiti pengeluaran dan rupa fizikal tetapi tidak pada nilai nutrisinya. Selalunya makanan-makanan ini kurang nilai nutrisi berbanding sumber makanan orang-orang dulu.

gmo-tomato-proposition-37-537x358

Zat makanan yang mudah hilang

Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Banyak sumber makanan yang kita perolehi dihantar secara jarak jauh dan mengambil masa yang lama untuk penghantaran ke tempat-tempat tertentu. Ini menyebabkan makanan tersebut menjadi kurang segar dan juga terjadi pengurangan vitamin dalam makanan tersebut. Contoh seperti sayuran yang kita peroleh dari pasar basah atau pasaraya. Kadang-kadang proses pengangkutannya agak lama dan jauh perjalananannya.

Gangguan semasa pemprosesan makanan

Aktiviti pemprosesan makanan, memasak serta mengawet juga membawa kepada kekurangan nutrient dalam bekalan makanan kita. Dan ini menyebabkan kita sukar untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi dengan bergantung kepada makanan semata-mata.

Diet yang tidak sihat

Amalan diet yang tidak sihat seperti pengambilan kafein secara berlebihan, lemak, kolestrol, gula dan garam yang lebih telah mengurangkan simpanan mineral dan mengganggu penyerapan nutrisi dalam tubuh.

fat-unhealthy-eating-153835423

Gaya hidup

Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang mencabar, sibuk dan stress menyebabkan kita kurang peka tentang penjagaaan diri dan kesihatan. Justeru, tanpa disedari telah medatangkan masalah kesihatan. Misalnya, tabiat masa makan yang tidak menentu, mengunyah makanan dengan cepat, dan makan secara tergesa-gesa  menyumbang kepada masalah penghadaman.

Pengambilan makanan yang kurang sihat

Kurangnya penyediaan dan pengambilan makanan sihat dan seimbang serta gemar mengambil makanan segera yang tinggi kandungan MSG juga merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan.

Persekitaran yang tercemar

Peningkatan tahap pencemaran alam sekitar di udara dan imunisasi yang lemah akibat kekurangan mineral dan vitamin telah menyebabkan diri mudah dihidapi penyakit. Bagi meningkatkan imunisasi diri, badan kita perlu menggunakan nutrien lebih daripada biasa untuk menyahtoksin dan menghapuskan bahan berbahaya. Hal ini selalunya diatasi dengan meningkatkan pengambilan vitamin antioksida yang tinggi seperti  ‘ACE vitamin –  vitamin A, C dan E.

Penyerapan zat terganggu

Gangguan penyerapan zat makan dalam tubuh turut terganggu akibat daripada penggunaan ubat-ubat tertentu, pengambilan alkohol serta antibiotik.

Vitamins Word Cloud

Pastikan anda mendapatkan supplemen atau makanan tambahan yang berkualiti dan disahkan oleh professional kesihatan anda. Elakkan makanan tambahan yang banyak mengandungi pemanis dan perasa tiruan, pengawet serta bahan tambahan lain.