Kesan Bertahajud Yang Mendamaikan

Posting kali ni bukan untuk menunjukkan saya riak, tapi lebih kepada untuk berkongsi kesan yang saya dapat setelah konsisten bertahajud.

4d62a65054ea95559c2ad180dbca38be

Sumber : google

Sejak bertemu business Shaklee ni, banyak yang berubah dekat diri saya. Antaranya mahu lebih membuat amalan yang baik dan berguna untuk diri sendiri, keluarga dan orang lain. Di samping kita lebih mahu mendekatkan diri kepada-Nya.

Saya pernah hadir satu motivasi ni, motivator tu ada berkata

‘Bersyukurlah jika perniagaan yang kita lakukan sekarang lebih mendekatkan kita kepada-Nya’

Kan? Tersangat bersyukur.

Seminggu konsisten bertahajud, banyak kesan positif yang saya dapat. Setiap kali bangun pagi, bila niat utk bertahajud memang Allah permudahkan.

Dari segi masa pula, rasa macam ada je masa terluang. Walaupun sibuk, tapi tetap ada masa.

Dari segi kesihatan pula, rasa badan lebih cergas, lebih segar. Alhamdulillah bersyukur sangat. Rezeki pun melimpah ruah. Bersyukur sangat, nikmat Allah tu sangat banyak.

Kenapalah tak konsisten dari zaman belajar dulu kan. Doakan saya untuk lebih focus dan konsisten.

Marilah kita sama-sama amalkan juga.

9 Tips Susu Perahan Ibu (EBM) Penuh Freezer Dalam Masa 1 Minggu

Cuti pantang dah nak habis. Tak lama lagi nak masuk kerja dah, tapi runsing stok susu 1 pun tiada lagi dalam peti ais tu.

Ada yang bagi alasan macam-macam seperti :-

Anak asyik melekap je, macam mana nak pam susu buat stok?

Penat la nak buat stok, tertidur dengan baby. Nak bangun pagi tak larat, pam tengah malam ngantuk.

Baby dah nyusu lama dah, ada lagi ke susu kalau saya pam?

Malas la nak ambik pam susu tu. Banyak sangat spare part renyah

Macam mana saya nak pam dengan jaga anak lain lagi?

Ini antara masalah yang saya dapat bila ada ibu-ibu tanya saya macam mana nak tingkatkan production susu?

cymera_20161208_153705-01

Jadi, di sini saya nak kongsikan cara saya dan 9 tips macam mana saya kumpulkan stok susu dalam masa seminggu.

Stok yang dikumpul pula boleh bertahan untuk sebulan kalau kita tak pam. Heh tapi jangan sebulan stop pam pulak. Stop terus production susu nanti.

1) Target dan fokus

Letakkan target berapa oz/kuantiti yang kita mahu capai sekali pam dan berapa yang kita nak kumpul dalam sehari. Jadi, mesti kita akan fokus nak capai target tu.

2) Teknik memerah yang sesuai dan pantas

cymera_20161209_194022-01-01

Pilih cara memerah susu yang kita rasa senang, tak stress dan cepat. Boleh marmet, pilih single pam atau double pam. Contoh kalau hebat dan selesa bermarmet, silalah marmet. Sebab ada orang yang pandai dalam marmet ni, cepat je penuh botol susu tu.

Macam saya tak hebat dalam marmet, jadi saya pilih la double pumping dengan pam double eletrik.

3) Tandem pam

Bagi saya ni cara yang paling pantas dan cepat kumpul stok. Yang lagi best, produksi susu makin meningkat dengan cara ni.

Apa tu tandem? Tandem pam ni cara kita menyusukan 2 orang bayi/anak sekaligus atau pam sambil menyusukan anak. Maksudnya sebelah pam, sebelah lagi menyusukan anak. Hasil dia memang menakjubkan. Sila cuba.

4) Milk collector

cymera_20161209_193810-01-01

Gunakan milk collector. Sekarang ni dah banyak jenis milk collector dikeluarkan di pasaran.

Contoh macam saya beli milk collector dari pumpontego ni, ala-ala haakaa gitu. Jadi bila berlaku LDR atau rangsangan pengeluaran susu masa bayi tengah tidur atau dah kenyang tu, boleh cepat-cepat letak milk collector ni. Jadi dengan adanya milk collector ni kebocoran atau pembaziran susu tidak akan berlaku.

5) Azam yang kuat

Nak menyusukan anak dan mulakan pengumpulan syok ni memang perlukan usaha dan semangat yang kuat. Gigihkan diri bangun untuk memerah susu demi kelansungan susu ibu untuk anak tercinta.

Suami pun kena mainkan peranan untuk bagi semangat dekat isteri.

6) Pilih pam yang sesuai dan tidak renyah

Bagi mereka yang menggunakan pam susu macam saya, sila pilih pam susu yang sesuai dan buatkan kita rasa selesa nak mengepam.

Macam saya suka pam yang ringkas. Tak banyak sangat spare part. Senang nak handle. Contoh macam real bubee ni. Double pam, good suction, senyap, harga mampu milik, kecil dan ringan serta sangat mudah nak bawa sana sini.

7) Buat jadual pumping, pam dengan konsisten

Sila buat jadual kalau nak konsisten. Contoh jadual saya, pam setiap 3 jam. Walaupun selepas menyusukan anak, sila pam.

Lagi menggalakkan produksi susu. Sentiasa kosongkan payudara la dalam erti kata lainnya.

8) Power pumping

cymera_20161215_104947-01

Dalam seminggu pastikan kita buat power pumping dua kali seminggu. Waktu terbaik buat power pumping ni waktu awal pagi bawa ke subuh tu tau.

Power pumping ni, selalu buat dalam masa sejam. Cara saya 10 minit pam, 10 minit stop ulang sampai cukup 1 jam. Masa stop tu boleh la minum dan makan-makan.

9) Ambil supplemen

Macam saya ambil supplemen bukan sebab milkbooster semata-mata. Sebab saya tak percaya telan supplemen terus susu banyak. Tidak.

Tapi sebagai pelengkap nutrisi saya. Supaya susu yang dihasilkan berkualiti. Lagi satu supaya saya sentiasa bertenaga, tak letih dan lesu.

Ok. Itulah 9 tips yang saya amalkan. Boleh lah cuba dan buat. Nak supplemen penyusuan boleh contact saya terus, percuma konsultasi daripada saya.

Pengedar Sah Shaklee Sungkai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Semoga anda semua sihat sejahtera. Amalkan pemakanan sihat dan pastikan anda memilih makanan tambahan atau supplemen yang terbaik.

Pengedar Sah Shaklee Sungkai

Untuk pengetahuan anda, saya merupakan Pengedar Sah Shaklee Sungkai, ID : 1144793. Jadi, bagi anda yang berada di kawasan Sungkai dan sekitarnya serta mahu mendapatkan produk Shaklee tanpa cas pengeposan (COD), bolehlah menghubungi saya.

Facebook : Nor Izzati

Facebook Page : Cik Ti Jual Vitamin

Whatsapp/Telegram : 0134616303

Saya juga turut melakukan pengeposan bagi anda yang mahukan barang Shaklee anda untuk dipos. Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia menggunakan Poslaju atau GDex.

Kenapa anda mesti memilih saya sebagai Pengedar Shaklee kawasan Sungkai?

  • Saya berpengalaman dalam bidang farmasi selama hampir 4 tahun. Pernah berkhidmat di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, justeru saya amat menitikberatkan pengambilan supplemen yang berdaftar dan selamat. In shaa Allah, daripada pengalaman dan ilmu yang Allah beri kepada saya, dapat saya gunakan untuk membantu anda dengan memberikan konsultasi yang terbaik.
  • Mudah bergerak. Mempunyai kenderaan sendiri untuk menghantar produk Shaklee kepada anda di kawasan Sungkai dan sekitarnya (Besout, Trolak, Sungai Klah, Bidor, Slim River).
  • COD PERCUMA dan tanpa cas pengeposan atau penghantaran di kawasan sekitar Sungkai.
  • Free Gift untuk anda para pelanggan saya.
  • Hadiah MISTERI bagi pembeli yang setia.
  • Konsultasi PERCUMA seumur hidup setelah membuat pembelian daripada saya.

Pastikan anda memilih Pengedar Sah Shaklee anda dengan bijak untuk hasil yang selamat dan terbaik.

Ada Cik Ti Jual Vitamin, baru beli okey 🙂

Salam sayang,

1451908775522[1]