Cara Kira BMI dengan Pantas dan Mudah

Baru-baru ni klinik saya kena buat saringan kesihatan untuk semua staff. Waktu tengah bekerja tiba-tiba dapat whatsapp daripada doktor nak BMI dan BP saya.

Saya pun mintak la nurse cekkan berat dan tinggi saya. Tapi, bila nak kira BMI tu saya dah lupa macammana.

weight-scale

Terus minta nurse kirakan jugak. Alhamdulillah BMI saya di paras normal. Nasib baik back to normal lepas mengandung dengan berat yang sangat luar biasa 😂.

Mungkin disebabkan cara pemakanan dan pengambilan supplement yang konsisten, tu sebab la dapat balik berat sebelum ni.

APA ITU BMI?

BMI ni Body Mass Index atau dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai Indeks Jisim Badan adalah ukuran bentuk badan manusia berdasarkan berat & tinggi mengikut kategori jantina.

CARA PENGIRAAN BMI

Ni memang kena hafal la. Senang je sebenarnya formula dia.

Formula BMI : BMI = Berat(kg)/ [Tinggi (m) x Tinggi (m)]

Contohnya :

BMI = 51 / [1.51 X 1.51]
= 22.4

MAHU KIRA DENGAN MUDAH?

Haa malas sangat nak kira BMI ni secara manual?

Klik je gambar ni, kita guna calculator BMI ni senang. Ambil yang metric tau.

screenshot_2017-02-08-23-07-49

http://www.bodyengine.com/bmi-calculator.html

KATEGORI BMI

❤️ Kurang berat badan = < 18.5
❤️ Normal = 18.5 – 24.9
❤️ Lebih berat badan = 25 – 29.8
❤️ Obesiti = 30 atau lebih

fat-thin-110330

KENAPA PERLU BMI?

Mestilah sebagai tanda ukur untuk kita dapatkan berat badan yang ideal.

Ok, jom kira BMI kita. Semoga normal masing-masing ye.

Kalau tak kena usaha la jadikan ia normal ye.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s