Bagaimana Cara Nak Pekatkan Susu Ibu

Ramai ibu-ibu yang lebih pentingkan kuantiti susu ibu berbanding daripada kualiti. Bila ada sesetengah ibu yang menghasilkan susu yang sedikit, mereka mula putus asa.

Jom kita luaskan lagi ilmu penyusuan kita. Susu ibu ni bukan berdasarkan kuantiti semata-mata.

 

Ada sesetengah susu ibu itu mungkin sedikit tapi pekat, setiap kali penyusuan mampu membuatkan bayi kekenyangan.

Bagaimana nak pekatkan susu ibu ni?
Ni antara cara dan pemakanan saya yang ibu-ibu boleh amalkan untuk memekatkan susu ibu.

1) Nasi

1030021shutterstock-254781634780x390

 

Nasi ni sumber karbohidrat dan memberi bekalan tenaga. Lepas makan nasi rasa lebih kenyang dan secara tak langsung nak pam tu happy je.

2) Kurma

kurma

Memang saya sangat perasan, kalau saya makan kurma susu ibu akan jadi lebih pekat daripada biasa. Teksture pun likat dan kekuningan. Selalunya saya blend campur dengan ESP.

3) Oat

images (1).jpg

 

Oat pun tinggi serat dan cepat memberi rasa kenyang. Dan memang kalau saya makan oat, susu lebih meriah dan pekat.

4) Susu segar/susu tepung

fresh-milk

Minum susu segar atau susu tepung ibu menyusu pun menyumbang untuk memekatkan susu. Kaya dengan kalsium kan.

5) Keju

Cheese

Cheese

Makan keju pun dapat buatkan susu ibu lebih pekat daripada biasa. Kalau siapa yang selalu rasa susu sendiri, dapat rasa lepas pengambilan keju, susu rasa lebih berlemak.

6) Badam

almonds-raw_625x350_51421213477

Jadikan badam sebagai snack. Badam tinggi protein. Boleh juga rendam dan kisar dengan susu segar.

7) Sayur-sayuran

broccoli

Sayuran kan kaya dengan nutrisi. Antara sayur yang saya perasan sangat menolong memekatkan susu ibu ialah brokoli. Mungkin sebab ia kaya zat besi.

8) Kerap mengepam/penyusuan

gettyimages-466457187-57147c1d5f9b588cc2a4496a

Perkara asas dalam penyusuan adalah kerap menyusukan bayi atau mengepam. Yang terbaik adalah menyusukan bayi pada sebelah payudara bagi tempoh yang lama baru gantikan ke payudara sebelah. Lepas bayi kenyang, pam untuk sentiasa kosongkan payudara. Jadi, hindmilk akan lebih dihasilkan.

Perkongsian ni berdasarkan pengalaman saya. Boleh untuk dicuba ye. 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s