Apa itu MOMNESIA?

Perasan tak, bila kita mengandung ada perubahan dalam memori kita. Kita mula menjadi pelupa dan ia selalunya berlanjutan hingga selepas bersalin. Ramai yang mengalaminya kan? Tahu tak simptom apakah ini sebenarnya?

Inilah yang dipanggil “MOMNESIA”.

Apa itu Momnesia? Ada yang tak pernah dengar pun kan. Saya pun tak pernah dengar sebelum ni. Tapi, saya mula mengetahui tentang masalah ni, selepas saya pelik bila baru saya perasan bukan saya seorang yang menghadapi masalah pelupa sewaktu mengandung dan selepas bersalin ni. Ramai sangat rupanya. Selepas saya cari dan gali, rupa-rupanya simptom inilah dinamakan momnesia tu. Tahap kritikalnya berbeza antara setiap orang.

Momnesia – merujuk kepada memori yang mencabar ibu-ibu untuk menghadapinya dalam minggu ke-26 kehamilan hingga melalui 6-12 bulan fasa pertama menjadi ibu. Hal ini didedahkan oleh neuropsychiatrist Dr. Louann Brizendine

Tengok, dari segi nama “MOM” itu pun dah merujuk kepada ibu.

senilnost-zaboravnost-lecenje

 

Punca

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah yang menjadi penyebab para ibu ini kebanyakannya menjadi cepat pelupa. Sini saya senaraikan :-

  • Kekurangan tidur – Ya, fasa pertama menjadi ibu adalah fasa yang merubah 360 darjah gaya hidup seseorang ibu itu. Ada sesetengahnya tidak cukup tidur selepas bersalin kerana menjaga bayi yang baru dilahirkan.
  • Biologikal dan hormone yang berubah – Hormone ibu masih tidak stabil.
  • Ibu stress – tekanan dan letih menghadapi dunia baru. Dunia keibubapaan yang agak mencabar.
  • Perubahan pada mindanya – ibu lebih memberi fokus terhadap bayi. Banyak perkara dalam fikirannya diutamakan pada bayi. Bahagian di dalam otak si ibu yang sepatutnya bertanggungjawab dalam memberi fokus dan perhatian terhadap perkara lain telah dipenuhi dengan fokusnya dalam melindungi bayi yang baru dilahirkan.

mom-stuff-636

Bagaimana cara mengatasinya ?

Mesti para ibu rasa stress kan bila selalu sangat menjadi pelupa. Saya pun sama dan risau. Jadi, untuk mengatasinya, ini adalah apa yang saya lakukan :-

  • Cuba mendapatkan tidur dan rehat yang cukup.
  • Bekerjasama dan berbincang dengan pasangan – Ajak suami untuk membantu dan memahami situasi anda.
  • Agih-agihkan tugas. Jangan memaksa diri melakukan semua tugas.
  • Makan makanan yang berkhasiat.
  • Minum air dengan cukup – Dehidrasi juga boleh menyebabkan penyusutan memori dan fokus.
  • Pengambilan supplement – Ia juga membantu ibu dan bayi mendapat nutrient yang mencukupi. Supplement seperti minyak ikan sangat membantu.
  • Bergerak – Excercise
  • Disiplinkan diri mempunyai buku nota – catat perkara penting supaya tidak lupa, ulang-ulang baca.

Supaya entry saya kali ini dapat membantu anda. Ingat ya, pelupa itu bukan perkara biasa. Pastikan anda memberi perhatian kepadanya supaya tak berlanjutan sampai ke tua pula.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s